KEPUTIHAN SEWAKTU HAMIL & CARA MENGATASINYA

Keputihan sewaktu hamil, gatal-gatal dan tidak selesa. Ramai ibu-ibu hamil yang menghadapinya dan malu untuk jumpa doktor. Awas ibu-ibu, kesan daripada keputihan yang melampau semasa hamil boleh membahayakan anak dalam kandungan. 3 kesan utama adalah: - 1. Kelahiran bayi pra matang 2. Berat bayi yang lahir kurang dari 2.5kg 3. Air ketuban pecah sebelum waktunya (boleh menyebabkan bayi lemas) Bagaimana mengenalpasti bahawa keputihan yang dialami adalah tidak normal? Berikut adalah ciri-ciri lelehan faraj yang tidak normal Lelehan menajdi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju 1. Terasa gatal, sakit atau warna kemerah- merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung 2. Terasa sakit ketika bersama suami 3. Terasa sakit apabila membuang air kecil. Kenapa keputihan terjadi ketika hamil? Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Selain itu, perubahan hormon semasa hamil juga boleh m...