KEGUGURAN KEGUGURAN Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim. Sebab Keguguran Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan. Risiko Keguguran Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu: ~ Pemakanan yang tidak sihat ~ Merokok ~ Hormon yang tidak seimbang ~ Jangkitan kuman ~ Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid ~ Terdedah pada radiasi dengan banyak...