TAKUT DENGAN STRETCH MARKS??? Mengandung memang seronok tapi bila bab perubahan yang berlaku pada perut, mesti ramai yang rasa hendak menjerit. Apa tidaknya perut yang dulu licin tanpa parut kini ada tanda garisan. Masalah normal ini memang selalu berlaku di kalangan ibu hamil. Dalam bahasa kehamilan, ia dikenali sebagai stretchmark. Apa itu stretchmark? Stretchmark atau rekahan kulit adalah p arut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil. Kehamilan biasanya menyebabkan perubahan bentuk badan dan pertambahan berat badan yang cepat membuatkan kulit hilang keanjalan. Akibatnya keadaan perut bakal ibu mula ada kesan garis yang biasanya terus kekal walaupun selepas melahirkan anak. Kesan rekahan ini biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami kesan rekaha...