Penyakit bengkak pada alat kelamin dipanggil “Bartholin Cyst”. Kelenjar Bartholin berfungsi utk menghasilkan cecair pelincir semasa persetubuhan atau sekadar untuk pembersihan corong/kawasan bibir vagina. Biasanya ia tidak kelihatan pada mata kasar. Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria. Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan, Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita ...