A da banyak faktor yang menyebabkan haid tak teratur. Antaranya ialah: 1. Berat badan tak stabil . Kalau badan anda senang naik,secara automatik hormon anda tidak stabil. Bila hormon tidak stabil, haid susah datang. Darah kotor dalam badan susah nak dibuang. Jadi kita harus jaga pemakanan dari usia remaja dan kanak-kanak. Cara terbaik ialah turunkan berat badan secara sihat. 2. Pola makan . Selalu jadi pada mereka yang amalkan diet secara tidak sihat . Jika terlalu obses dengan diet dan badan kurang mendapat zat-zat yang sepatutnya, sistem badan akan berubah dan ini akan menyebabkan period tidak teratur. 3. Melakukan aktiviti yang berat. Wanita tidak boleh buat kerja yang berat ketika period semakin hampir. Contohnye tebang pokok besar, angkat beras 20kg, angkat tong gas dan aktiviti-aktiviti berat yang lain. Namun anda harus mengamalkan senaman yang ringan seperti berjogging atau berbasikal kerana ia mampu melancarkan p...