INFO KESUBURAN



Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita?
Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Fahami Kitar Haid Anda
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara
puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita
ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada
yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara
puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda
perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid
(menstruation) – ketika ini darah haid keluar.
Hari pertama haid adalah penting untuk
diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini
bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu
ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa
hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan
sekiranya anda ingin merancang untuk
mengandung. Anda boleh mengagak kitaran
period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini,
hormon estrogen meningkat. Ketika fasa
follicular ini, darah akan berkumpul di dinding
rahim dan menebal untuk persediaan
mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang
berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin
matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang
dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar
daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan
mendadak sejenis hormon yang dipanggil
Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya
tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan
hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun
melalu saluran fallopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory.
Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya,
sejenis hormone dipanggil progestron dirembes
daripada sarangnya (corpus luteum). Ini
menyebabkan dinding rahim semakin menebal.
Setelah progestron semakin berkurang kerana
tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini
akan runtuh.
Waktu Terbaik
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu
yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah
pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana
ketika itu telur baru sahaja keluar daripada
sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia
adalah lebih kurang 14 hari daripada hari
pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal
bermula.
Contohnya, kitaran haid anda adalah:-
28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari
subur
30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari
subur
35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari
subur
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan
kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari
setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa
folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur
adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang
seterusnya.
Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak
jadi masalah untuk mengira waktu subur anda.
Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah
timbulnya masalah mengira waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
Terjadinya Peningkatan Suhu
Tubuh. Masa subur wanita
dengan siklus haid normal adalah
hari ke-12 hingga hari ke-16
sejak haid pertama. Selain
dengan menghitung secara
kiraan, masa subur wanita dapat
diketahui dengan adanya
peningkatan suhu tubuh.
Peningkatan ini terjadi bukan
karena wanita sedang sakit, tapi
dalam keadaan badan sihat
seperti biasa. Peningkatan suhu
tubuh yang terjadi adalah
sekitar 0,2 darjah Celcius setiap
hari selama 10 hari berturut-
turut. Anda dapat meletakkan
thermometer biasa di bawah
ketiak setiap pagi untuk
mengetahui peningkatan ini.
Cairan Serviks Mengalami
Perubahan. Wanita pada masa
subur memiliki cairan serviks
yang mirip dengan putih telur,
ciri-cirinya yakni cairan serviks
cair, kenyal dan lebih jernih dari
biasanya. Pada kondisi yang
sedang tidak subur keadaan
cairan serviks terlihat lebih
kental. Kadang bahkan tidak
keluar sama sekali.
Berghairah Tinggi. Ketika
melakukan hubungan intim di
masa subur, wanita akan terlihat
lebih bergairah dari biasanya.
Hal ini akan terjadi pada wanita
yang selalu ingin melakukan
hubungan di masa suburnya.
Wajarlah, gairah meningkat
bererti keinginan untuk
melakukan hubungan badan juga
meningkat.
Adanya Perubahan Posisi Serviks.
Ketika sedang ovulasi (masa
wanita subur), posisi serviks
dapat dijangkau dengan jari.
Sedangkan pada saat tidak
berovulasi, posisi serviks ini jauh
lebih ke atas, sehingga tidak
dapat tersentuh. Untuk menguji
hal ini, Anda dapat memasukkan
jari Anda secara lurus ke dalam
Miss V. Jika memang sedang
dalam masa subur, maka Anda
akan dapat menyentuh bagian
ujung serviks, rasanya seperti
bagian ujung hidung.
Payudara lembut dari biasa.
Situasi masa subur ini hampir
sama dengan situasi kehamilan,
sehingga banyak sekali hormon
yang berkumpul pada masa ini.
Dengan begitu, payudara akan
terasa lebih lembut dari hari
biasanya.
Terjadinya Flek . Ketika masa
subur biasanya wanita mengalami
bercak-bercak darah yang
tertinggal di celana dalam. Hal
ini sering terjadi pada masa
subur.
Perut Terasa Kembung. Di masa
subur, anda mungkin merasa
bahawa seluar dalam anda terasa
sempit, meskipun tidak
kekenyangan atau berat badan
naik. Hal ini biasa terjadi kerana
pada masa ovulasi ini tubuh
sedang meyimpan air dalam
jumlah yang banyak.
Menggunakan Test Kit Ovulasi.
Ianya hampir sama seperti test
pack dalam pengujian kehamilan.
Dengan menggunakan alat ini
maka kesahihan bahawa anda
sedang subur memang tak perlu
diragukan.
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik
sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat
lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.
Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat
ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat
Zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai
jangka hayat yang panjang, iaitu dalam
lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa
untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad.
Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang
lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan,
ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini
bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari
sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu
subur, maka ada peluang untuk telur itu
berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan
boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15
atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum
hari kesuburan sekiranya haid anda datang
secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari
ke-14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa
bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk
memastikan waktu subur adalah sesuai dengan
waktu bersama anda.
Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada
pasangan yang ingin mengelakkan mengandung
dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui
kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa
tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh
tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak
beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari

dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan
selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian
menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan
selepas hari kesuburan adalah waktu yang
dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun
terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang
lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan
selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih
berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti
yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa
tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Wallahu'Alam bissawab.

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN DAN TEKNIK KEMUTAN FARAJ

ABE GAGOH

APA ITU KEPUTIHAN?...