INFO YANG PERLU ANDA TAHU

APA YANG PERLU WANITA TAHU PASAL RAHIM DAN TOMBONG ?
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar, terletak di dalam pelvic dan disokong oleh otot jaringan dan ligament.
Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligament yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj.
Rahim terkeluar dari vagina boleh dirasai melalui jari terutama semasa mencangkung. Ia juga menyebabkan wanita mudah sakit belakang / pinggang
Bagi peringkat yg teruk tombong pesakit akan terasa sakit seperti mahu bersalin. Kejang pada otot perut, sakit pada dinding faraj, keluar keputihan banyak yg luar biasa
Wanita yang alami lemah bahagian peranakan cenderung terkencing bila batuk, kencing tidak lawas, mudah keguguran awal kehamilan, sakit ketika hubungan seksual dan terasa peranakan tersembul terkeluar melalui vagina.
Peringkat 1 - Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear. Kalau nak test boleh mencangkung dan rasa macam ada benda tersembul tak dari kemaluan. Kalau ada mungkin kita dah tahap peringkat 1
Peringkat 2 - Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj. Bila dipegang dari luar boleh terasa seakan licin sepeti belon. Jika tidak dirawat memang akan lebih teruk. Waktu ini bila ketawa atau batuk memang mudah untuk terkucil sekali
Peringkat 3 - Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj. Perlu ke Pakar Sakit Puan sebab jika tidak dicuci akan menyebabkan jangkitan pangkal rahim yang menjurus kepada kanser sebabnya sebahagian organ kita dah terdedah di luar.
Punca Peranakan Jatuh:
· Kehamilan dan kerap bersalin, terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi secara instrumental (forceps/ vacuum)
· Umur meningkat dan menopaus.
· Tidak meneran dengan betul semasa bersalin
· Batuk atau sembelit kronik.
· Berat badan berlebihan (obesiti).
· Sering mengangkat barang berat.
· Ketumbuhan dalam abdomen.
Kesan Jika Dibiarkan Berlarutan?
· Menjejaskan hubungan suami isteri
· Sukar mengawal atau tidak berasa puas ketika membuang air besar atau kecil.
· Kandungan mudah gugur.
· Peringkat ketiga peranakan terkeluar, pintu peranakan akan bergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka, jangkitan dan kanser pangkal rahim.
0192380064

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN DAN TEKNIK KEMUTAN FARAJ

ABE GAGOH

APA ITU KEPUTIHAN?...