INFO

TAHUKAH ANDA?

##Rahim Tiada dan kemana darah kotor pergi##

Saya baru berusia 28 tahun.Pada 2009 lalu saya telah melahirkan anak yang sulung dan saya mengalami masalah pendarahan yang teruk selepas proses bersalin. Doktor memberitahu bahawa rahim saya terpaksa dibuang kerana rahim tidak kecut setelah berbagai usaha dijalankan. Menurut doktor, saya cuma tidak akan datang haid dan tidak boleh beranak kerana kilang telur saya tidak dibuang.Di sini saya mempunyai dua soalan iaitu :

1. Jika wanita yang normal, mereka akan mengalami haid sekiranya telur tidak disenyawakan di mana darah yang terkumpul di dinding rahim akan gugur sebagai haid. Dalam kes seperti saya, kemana telur yang tidak disenyawakan itu akan pergi?

2. Adakah saya akan mengalami masalah hormon dalam masa yang terdekat? atau adakah ia akan menjejaskan hubungan intim bersama suami?

Di harap Dr. dapat bantu saya untuk menjawab persoalan saya ini. terima kasih,.

Jawapan
Saya sungguh simpati dengan situasi saudari yang terpaksa dibuang rahim dalam umur muda dan hanya punyai seorang anak. Tetapi itu dilakukan demi untuk menyelamatkan nya anda. Alhamdulillah anda masih dipanjangkan umor olih Allah dan anda dan suami perlu banyak redha kepada Allah SWT.

1. Darah haid terbentuk hanya jika perdarahan berlaku dari dalam rahim sebab penurunan tahap hormon progesterone ekoran kegagalan untuk hamil pada pusingan bulan berkenaan. Dipanggil darah haid atau 'darah kotor' kerana ia bercampur dengan lapisan / dinding rahim iaitu endometrium. Tisyu2 ini akan hancur berkecai dari tindakan berbagai enjim dan keluar dari pintu rahim kedalalm faraj/vagina dimana ia dikotori dengan berbagai kuman bakteria dan virus. Campuran inlah yang yang menjadikan darah kotor.

Untuk diri anda, darah kotor tidak terbentuk langsung kerana rahim tidak wujud lagi, darah hanya lalu sahaja dibahagian peranakan tanpa keluar kedalam faraj.

Sel2 telor saperti sel2 benih lelaki jika tidak disenyawakan akan mati dalam masa 2 - 3 hari dan sel2 telor tersebut akan ditelan olih sel2 penyapu/phagocytes.


2. Puan tidak akan mengalami masalah kurang hormon kerana biasanya dalalm pembedahan ini kedua kilang telor akan dikekalkan dan ia menjadi sumber hormon wanita. Walau pun tiada haid puan tidak lagi menopos (umur menopos biasanya 50 tahun). Kejelitaan dan ciri2 kewanitaan tidak terjejas langsung. Puan akan terus mempunyai daya tarikan dan suami tidak akan merasai perubahan fizikal ketika melakukan hubungan kelamin. Hanya dari segi saikoloji suami munkin terganggu mentalnya memikirkan apa jadi ruang yang dulunya dipenuhi rahim, sebenarnya ruang itu tidak kosong, usus dan lemak akan mengisi ruang itu.

Walaupun rahim dibuang , tapi pangkal rahim/cervix masih kekal dan disinlah tertumpunya saraf2 seksual. Olih itu kenikmatan seksual tidak munkin berubah, dan puan akan merasai klimaks saperti biasa

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN DAN TEKNIK KEMUTAN FARAJ

ABE GAGOH

APA ITU KEPUTIHAN?...