~SUDUT INFO~




USAH pandang ringan jika anda mengalami masalah hidung berdarah atau tersumbat, terutama sebelah bahagian saja.

Anda mungkin menyangka suhu badan terlalu panas hingga darah keluar dari hidung atau hidung tersumbat disebabkan selesema.

Walaupun ia menyerupai gejala masalah kesihatan lain, ia sebenarnya antara gejala kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC).

Kanser ini terjadi pada bahagian belakang hidung dan di atas tekak.

Pesakit kanser hidung juga mungkin tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu kerana cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak di leher, telinga berdengung di sebelah bahagian, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat berbayang.

Risiko lelaki mendapat kanser hidung dua kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Di Malaysia, penyakit ini sering dihidapi lelaki Cina dengan nisbah 14:100,000 manakala perempuan Cina (3.8).

Di kalangan lelaki Melayu, daripada 100,000 orang, empat mungkin terdedah penyakit itu manakala wanita Melayu dengan nisbah 1.3. Masyarakat India paling sedikit dikesan mengalami masalah itu iaitu 1:100,000 (lelaki) dan 0.2 (wanita).

Mereka yang berusia 50 hingga 69 tahun lebih terdedah kepada risiko kanser hidung. Antara punca penyakit pembunuh ini ialah genetik, faktor pemakanan, terutama makanan yang diawet dengan kandungan garam tinggi seperti ikan masin dan sayuran jeruk atau jangkitan kuman Epstein-Barr Virus (EBV).

Kebanyakan kanser berpunca daripada sel yang menyerang tetapi untuk NPC, serangan virus memang terbukti menjadi antara puncanya kerana ia terkandung dalam sel kanser hidung.

Individu yang pernah diserang virus EBV, dalam masa 10 tahun boleh mendapat 200 kali lebih tinggi kanser hidung berbanding mereka yang bebas virus itu.

Jangkitan EBV boleh merebak daripada ciuman, air liur, jangkitan sakit tekak dan faktor kebersihan. Mereka yang terdedah dengan persekitaran kotor atau tidak menjaga kebersihan boleh mendapat jangkitan kuman berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN DAN TEKNIK KEMUTAN FARAJ

ABE GAGOH

APA ITU KEPUTIHAN?...