SUDUT INFO

jom kenali APA ITU KANSER RAHIM??

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah). Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.

Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu :

1.Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan Kanser Endometrium

2.Kanser yang berasal dari otot dinding rahim dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)

3.Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)

4.Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

~DON'T FORGET TO LIKE & SHARE~

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN DAN TEKNIK KEMUTAN FARAJ

ABE GAGOH

APA ITU KEPUTIHAN?...